Masa lalu adalah kenangan~Masa datang adalah keinginan~Masa sekarang adalah kehidupan…yg dijalani.Semoga semua takkan hilang walaupun kenangan itu masih diratapi,keinginan itu masih berada dlm mimpi dan kehidupan itu masih tertatih dlm 1000 asa yg suram.Mencoba memahami hidup dan setiap rintihan tangis dan titisan peluh…Semoga Tuhan mempunyai jln terbaik


♥ ♥ ♥...IT'S ME AND BEING WITH ME~I LIVE FOR THE FUTURE,GUIDE BY THE PAST ...♥ ♥ ♥

Thursday, March 11, 2010

my cats again

Jojo~ kucing aku yg agak manja. Umurnya sekarang dah satu tahun lebih.berat 3.2kg. Setiap hari apabila aku balik dari kerja,Jojo akan menunggu aku dipintu dan menggesel gesel badannya kekakiku. Itu menandakan ia hendak meminta makanan kegemarannya "Whiskas".
Selepas aku berikan makananya dan jika ketika itu aku sedang duduk disofa atau didalam bilik untuk berehat seketika. Jojo akan datang dan meminta utk dibelai.Kekadang aku membelai Jojo sehingga dia tidur. Selepas itu baru la aku beralih kepada Tommy & Leo.
My late Jack~dia mati kerena sakit. Beberapa hari sebelum jack mati,dia kelihatan begitu amat manja sekali,tak seperti selalunya. Tapi kebelakangan itu dia makan agak sedikit dan badannya panas. Mungkin dia demam. Kemudian esoknya aku bawa Jack ke klinik (Animal medical centre) utk rawatan. Aku terangkan kpd doktor keadaan jack.jack kemudian dimasukkan ke X-ray room utk melihat paru2 dan jantung jack. Kemudian jack diberikan tambahan air garam (drip).
Aku lihat tangan kecil jack dicukur utk membuang sedikit bulu ditanganya,kemudian jarum dimasukkan ketangan kecil itu.Aku melihat jack seperti kesakitan,hampir airmataku jatuh ketika melihat jack dlm keadaan begitu.Aku tinggalkan jack dalam ward.
Aku harap dlm beberapa hari ini jack akan pulih seperti sediakala.
Petang itu,28/01/2010...kira-kira dlm pukul 3pm,aku mendapat panggilan telefon dari clinic tersebut. Khabar tentang kematian jack. Aku terus bergegas kesana utk mengambil mayat jack. Aku ingin menanam sendiri mayat jack. Aku tak ingin mayatnya dibuang begitu sahaja tanpa ditanam dengan sempurna kerna kucing juga adalah mahluk Tuhan dan wajib kita sempurnakan mayatnya utk ditanam kembali kebumi. Sepanjang perjalanan ke clinic tersebut,airmata aku mengalir.Aku sedih kerna jack tak sempat diselamatkan.
Sesampai aku diclinic tersebut dan mengambil mayat jack serta membayar bil rawatan Rm195. aku terus memandu balik kerumah dengan perasaan hiba. Sedih atas kehilangan jack.
Intri ini aku catat sampai disini shj,kerana disaat aku mengimbau kembali tentang jack,airmata aku hampir mula turun. Semoga jack damai dialam sana.

No comments:

Post a Comment