Masa lalu adalah kenangan~Masa datang adalah keinginan~Masa sekarang adalah kehidupan…yg dijalani.Semoga semua takkan hilang walaupun kenangan itu masih diratapi,keinginan itu masih berada dlm mimpi dan kehidupan itu masih tertatih dlm 1000 asa yg suram.Mencoba memahami hidup dan setiap rintihan tangis dan titisan peluh…Semoga Tuhan mempunyai jln terbaik


♥ ♥ ♥...IT'S ME AND BEING WITH ME~I LIVE FOR THE FUTURE,GUIDE BY THE PAST ...♥ ♥ ♥

Monday, March 08, 2010

Averrhoa Bilimbi

Pokok belimbing (Belimbing buluh)= Averrhoa Bilimbi yg ditanam di belakang rumah aku telah berbuah.Musim kemarau ni,dalam cuaca panas ia berbuah lebat. selepas menyiram bunga ditaman petang kelmarin,aku ambik shot pokok buah belimbing ini.
Menurut yg aku baca, asal usul tanaman ini adalah merupakan tropical species and it is sensitive to the cold, especially young plants..Buahnya terlalu asam, tetapi sangat enak jika dibuat sambal.
Daunnya juga boleh digunakan sebagai rawatan untuk penyakit kelamin.ianya juga berkesan utk melawan batuk,sakit perut,sakit gigi berlobang,jerawat,panau,tekanan darah tinggi ,membaiki fungsi pencernaan dan banyak lagi khasiatnya.

Utk batuk;
ambil Segenggam bunga belimbing buluh, beberapa kuntum bunga belimbing tersebut, gula secukupnya dan 5 gelas air, direbus.Setelah sejuk disaring dan elok diminum pagi dan malam sewaktu perut kosong.

Utk Jerawat:
Buah belimbing buluh secukupnya dicuci lalu ditumbuk halus,diramas dengan air garam seperlunya,untuk menggosok muka yang berjerawat.Lakukan 3 kali sehari.

ermmm...pokok2 trpoical begini elok ditanam disekitar belakang rumah kita.selain dapat memakan hasil buahnya,ianya juga boleh digunakan sebagai obat tradisional.

No comments:

Post a Comment