Masa lalu adalah kenangan~Masa datang adalah keinginan~Masa sekarang adalah kehidupan…yg dijalani.Semoga semua takkan hilang walaupun kenangan itu masih diratapi,keinginan itu masih berada dlm mimpi dan kehidupan itu masih tertatih dlm 1000 asa yg suram.Mencoba memahami hidup dan setiap rintihan tangis dan titisan peluh…Semoga Tuhan mempunyai jln terbaik


♥ ♥ ♥...IT'S ME AND BEING WITH ME~I LIVE FOR THE FUTURE,GUIDE BY THE PAST ...♥ ♥ ♥

Thursday, February 04, 2010

Sambal Udang dan Petai

Entri ini aku nak buat 2 hari lepas, tapi memandangkan aku agak sibuk dgn kerja2 ofis,ditambah lagi dgn kesibukan menjaga 2 ekor anak kucing aku,so entri ini agak lewat sedikit aku post.
Hujung minggu lepas selepas aku uruskan Tommy & Leo (2 ekor anak kucing aku) yg baru berusia 3 bln & 6 minggu - aku luangkan masa utk memasak dirumah.

Harga udang di pasar Kota Kinabalu agak murah kebelakangan ini, Rm10-Rm13 sekilo.Mungkin kerna tangkapan udang agak banyak sekarang ini menyebabkan nelayan dan penangkap ikan menjualnya dgn harga yg murah.So,masakan aku hujung minggu lepas adalah : Sambal Udang masak dgn Petai.Sesetengah org kata petai ni berbau,tapi bagi aku ianya mempunyai haruman bau yg semulajadi dan berkhasiat.

Hmmm...inilah hasil masakan aku.Pada sesiapa yg nak mencoba,aku sertkan sekali resepinya dlm entri ini.
Resepi & cara membuatnya;

Bahan-bahan
500 gm udang [buangkan kulit dan bersihkan]
30 biji buah petai1 labu bawang besar [potong gelang]
½ cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
Minyak
Garam
Gula

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Memasak
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2.Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3.Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4.Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.

No comments:

Post a Comment