Hujung minggu lepas selepas aku uruskan Tommy & Leo (2 ekor anak kucing aku) yg baru berusia 3 bln & 6 minggu - aku luangkan masa utk memasak dirumah.
Harga udang di pasar Kota Kinabalu agak murah kebelakangan ini, Rm10-Rm13 sekilo.Mungkin kerna tangkapan udang agak banyak sekarang ini menyebabkan nelayan dan penangkap ikan menjualnya dgn harga yg murah.So,masakan aku hujung minggu lepas adalah : Sambal Udang masak dgn Petai.Sesetengah org kata petai ni berbau,tapi bagi aku ianya mempunyai haruman bau yg semulajadi dan berkhasiat.
Hmmm...inilah hasil masakan aku.Pada sesiapa yg nak mencoba,aku sertkan sekali resepinya dlm entri ini.

Bahan-bahan
500 gm udang [buangkan kulit dan bersihkan]
30 biji buah petai1 labu bawang besar [potong gelang]
½ cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
Minyak
Garam
Gula
Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2.Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3.Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4.Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.
No comments:
Post a Comment